Tuesday, December 09, 2008

Sup Kaki Kambing

Hari saya ke Mustaffa Centre untuk mencari ramuan untuk memasak briyani... lalu saya ternampak tapak kaki kambing dari Australia ..di jual $12.50 sekilo .

Kali terakhir saya makan sup kaki ... kira kira lebih dari 30 tahun dulu... ooi rasa rindu laaa... apalagi ....

1 kilo kaki kambing
di cuci bersih

Rebus di dalam periok dengan 3ulas bawang putih di ketuk , halia di ketuk dan sedikit rempah tumis, sebiji buah pala, sehelai duan pandan di ikat, 1 serai di ketuk dan sedikit garam.

Rebus hingga isi kaki kambing empuk... Tambah sedikit air jika mahu lebih kuah dan jangan lupa tabur sedikit bawang goreng dan hirisan daun sop daun bawang pada hidangan sup anda ... :)

Hmm lazat dan daging nyer lembut hingga tak terkata

2 comments:

Unknown said...

mesti lama nak rebus ni...kalau akak pulak suka buat daging kambing...salam perkenalan dari akak..

hani said...

daging kambing memang sedap.. salam perkenalan juga dari saya