Saturday, May 24, 2008

Sebuku Hati

450 g (1lbs) daging kambing cincang halus .. ambil isi nya sahaja
1 biji kobis yang besar dan lembut
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa.. 2 cawan santan cair
3 sudu makan kelapa goreng tidak berminyak
4 sudu makan minyak sapi

Bahan tumbuk
5 bunga cengkeh
1/2 buah pala
1 sudu teh lada putih


Gaul dalam daging
1 biji bawang besar hiris .. potong dadu kecil
1 biji telur ayam dengan sedikit garam

Bahan blender(rempah)
4 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan lada putih
2 batang serai hiris
8 hiris lengkuas
12 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji buah keras

2 biji bawang besar potong bulat2 untuk tumis

Peratoran nya
1.Jerang periuk tumis bawang dengan minyak sapi hingga layu masukkan bahan blender.... tumis hingga garing .. tuangkan 2 cawan santan cair .. masak hingga mendideh.

2. Ambil mangkok dan masukkan daging cincang dan masukkan bahan tumbuk dan masukkan bahan gaul .. telur dgn sedikit garam di gaul rata di bahagi 6 kepal.

3. Ambil 1 kepal daging bungkus dalam kobis .. kemudian di ikat dengan benang kasar atau toothpick buah begini hingga habis .. masukkan dalam bahan tumisan (no.1)

4. Masukkan santan pekat, kelapa kerisek, bawang hiris bulat.. masak hingga daging nya empuk.

No comments: